Parents


Saya ada parents, begitu juga dengan awak semua. Saya kadang tak tahu adakah aku harus bangga atau tidak dengan kedua ibu bapaku. Tapi sekurang-kurangnya aku perlu beesyukur kerana aku hidup dalam keluarga yang harmoni dan membesar dengan baik.

Tapi, pattern ibu bapa aku agak aneh berbanding parents yang lain. Mereka banyak mengajar kami melalui action atau kelakuan berbanding kata-kata. Ibu aku jenis yang tidak suka memasak. Bab-bab memasak banyak dilakukan oleh bapa aku atau kakak aku. Ataupun, kau nak makan kau masak sendiri. Tapi tu dikala kami dah besar. Dikala kami kecil, masak nasi then beli lauk kat luar. Kalau wakru sekolah, makan biskut atau beli nasi lemak kat luar je. Kalau ibu aku masak itu suatu keajaiban bagi kami. Dan bila membesar, aku banyak ikut perangai ibuku. hmmm.. 

Bukan nak cakap ibu tak peduli tapi hanya sifatnya begitu.

Ayah ku pulak, atau kami panggil bapak, lain pattern ya. Sejenis yang kuat bekerja tidak kira malam, siang, atau waktu cuti. Walaupun bekerja sendiri dan tidak terikat dengan mana-mana tapi memang fe'elnya suka mencari wang. Jadi, nak kata jarang ada kat rumah tidak jugak, sebab bapak lah yang akan balik tengah hari, then masakkan tengah hari. Tidak banyak bercakap dan banyak menggunakan action untuk menegur. Tetapi sekali bersuara amat berbisa. Dan yang ni memang turun kat aku. hmmmm....

Kami membesar dengan kurangnya interaksi dan kadang kala amat awkward. Bila meluahkan perasaan lebih kepada adik beradik sahaja. Tapi kami tetap ada rasa hormat terhadap keduanya.

Kelebihan mereka, mereka menerapkan agama kedalam diri aku sejak kecil lagi. Walaupun pada awalnya terasa itu suatu paksaan. Tapi apabila aku membesar dan masuk ke sekolah menengah baru aku faham apa yang cuba ibu dan bapakku terapkan. Tapi kekurangan disini mereka tidak pernah menjelaskannya.

Kalau tak suka , marah. Kalau suka, ketawa. That simple word in my family.

Kami amat jarang atau tidak pernah sekali menelefon antara satu sama lain. Bukan nak kata kacang lupakan kulit, tapi bila telefon, conversation kami akan jadi begini,

'dah makan?'
'dah'
'makan apa?'
'makan mee.'
'duit belanja cukup tak?'
'cukup'
'ok, dah lah ye'
'ok'

conversation itu tamat kurang dari lima minit. jimat sungguh kredit. Tapi itulah hakikinya. Tiada topik yang ingin dikongsikan. Bapakku banyak bertanya pasal duit cukup atau tidak sahaja. Ibu aku banyak bertanya pasal balik ke tidak sahaja. Soal pembelajaran aku mereka tidak pernah bertanya ok atau tidak.

Jadi, kesan yang aku rasa sampai sekarang adalah, aku banyak memendam perasaan sendiri. Sebab aku rasa tidak perlu untuk dikongsikan. Jika gagal aku kata gagal, jika cemerlang, mereka bahagia. That's simple.
Kami banyak proses sesuatu perkara melalui otak berbanding percakapan.
Bila aku lagi membesar, aku mula memahami mereka kerana aku adalah acuan dari mereka. Kami terbentuk menjadi introvert. Sukar untuk berinteraksi secara spontan dengan orang luar. dan tidak boleh menerima perkataan berlebihan. Maksudnya otak kau tak boleh nak hadam sangat bila orang lain bercakap terlalu lama dan tidak berhenti. Aku tak tahu itu satu penyakit atau bukan. Makin lama, orang tu bercakap, makin lama terasa ngantuk. Itu aku jelah, sibling lain xde la kot.

Aku bukan nak kata buruk kat parents aku. Banyak lagi side ibu bapa aku yang elok-elok yang tak ada kat parents lain. Aku rasa bersyukur sangat.

No matter what, kami tahu mereka  sayang kami. Mungkin background family parents aku yang menyebabkan feel mereka berbeza dari yang lain. Tapi mereka banyak berkorban untuk kami tapi kadang tak terungkap semua tu. Mungkin bagi mereka, memadai kami membesar dengan keadaan baik.

Comments

Popular posts from this blog

Organizing is addictive

Hard